Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah

February 10, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Cuaca di Cameron Highland secara purata pada bulan Januari 2018 adalah cerah pada waktu pagi, dan hujan disebelah petang.

 

Bagi yang ingin bercuti ke Cameron Highland, atau ke mana-mana destinasi percutian di Malaysia, saya amat mengesyorkan anda merujuk kepada dua laman web ini, bagi memudahkan anda merancang aktiviti anda semasa bercuti nanti. Laman web tersebut adalah AccuWeather dan juga Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

Walaupun maklumat yang dibekalkan dalam laman web tersebut, hanyalah ramalan sahaja, dan ia mungkin bukannya 100% tepat, namun saya dapati, ianya sangat membantu dalam membuat perancangan perjalanan semasa bercuti itu nanti.

 

Salah satu tempat menarik yang ada di Cameron Highland yang anda patut kunjungi ialah di Cameron Lavender Garden.

cameron-lavender-garden

Saya rasa tak salah kalau saya katakan, disini adalah satu-satunya tempat di Cameron Highland yang anda boleh melihat banyak pokok-pokok lavender ditanam.

 

Rupa-rupanya, bila lavender ni ditanam dalam jumlah yang agak banyak dalam satu kawasan, ia dapat menjadikan tempat tersebut menjadi lebih cantik.

cameron-lavender-entrance-fee

Cameron Lavender ini mempunyai kawasan yang berbumbung, jadi kalau hari hujan sekalipun, kita masih lagi boleh jalan-jalan dekat dalam taman lavender ini.

 

Panorama di bahagian luar pun agak menarik untuk bergambar.

eron-lavender-review

Dekat bahagian depan tu, dibahagian yang ada pagar berwarna putih tu, juga cantik kalau nak bergambar disitu.

 

Saya pun sebenarnya tak bercadang nak singgah lama-lama disini. Lagipun sebelum ini, saya dah pernah masuk ke Cameron Lavender.

cameron-highland-ladang-lavender

Kalau anda ikuti travelog saya yang lalu, tentang pengalaman jalan-jalan di Cameron Valley, saya sebenarnya hanya singgah di sini untuk buat pusingan U sahaja.

 

Tetapi disebabkan dekat sini ada banyak parking, dan free pulak tu, jadi saya pun singgah sekejap.

cameron-highland-main-attraction

Kalau pada hari cuti, biasanya tempat parking ni memang sentiasa penuh dengan kereta para pengunjung yang ingin melawat ladang lavender ini. Ada juga yang parking sampai ke tepi-tepi jalan.

 

Berapa kadar bayaran masuk untuk ke Cameron Lavender?

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, untuk masuk ke sini, ada bayaran yang akan dikenakan kepada setiap pengunjung.

 

Harga adalah berbeza untuk dewasa dan juga kanak-kanak.

entrance-fee-cameron-lavender

Untuk dewasa RM10.00

Kanak-kanak (5-12 tahun) RM7.00

 

Dibahagian luar, berdekatan dengan pintu masuk, para pengunjung boleh lihat peta atau pelan dibahagian dalam Cameron Lavender ini.

cameron-lavender-garden-map

Dekat bahagian dalam tu, boleh dikatakan agak luas juga.

 

Bagi yang tak berapa minat dengan pemandangan bunga berwarna-warni, mungkin akan merasakan seolah-olah tak ada apa-apa yang istimewa dekat dalam Cameron Lavender ini. Tapi bagi saya, pemandangan dalam ini memang cantik.

 

Bukan senang tau nak tengok pemandangan bunga-bunga lavender seperti ini kalau di tempat lain.

cameron-lavender-garden-blog

Selain bunga lavender, ada juga bunga-bunga lain yang ditanam disini.

 

Seingat saya, pemandangan penuh dengan bunga-bunga seperti ini, selalunya biasa dilihat dalam filem Bollywood.

cameron-lavender-garden-blog

Kali ini, siapa yang masuk ke Cameron Lavender, boleh tengok depan mata. Kalau nak bergambar bersama-sama dengan bunga-bunga ni pun cantik.

 

Pastikan anda bawa bersama camera yang bagus ya. Kalau tak, rasa menyesal pula dah bayar entrance fee untuk masuk ke sini.

apa-yang-menarik-di-cameron-highland

Ada boot Pua Chu Kang digantung dekat sini. Kat sini antara spot pilihan bagi para pengunjung bergambar.

 

Dekat Cameron Lavender juga ada strawberry…

Ya, kat sini pun ada strawberry. Malahan, kalau mahu, anda boleh petik sendiri strawberry disini.

petik buah strawberry di cameron

Rasanya tak salah kalau saya katakan, strawberry memang banyak ditanam di Cameron Highland. Buah ini memang cukup mudah untuk ditemui.

 

Mungkin juga sebab keadaan dan suhu persekitaran yang cukup sesuai untuk pokok strawberry ini tumbuh disini.

 

Bila dah penat berjalan di Cameron Lavender ini, apa kata anda singgah juga di Cameron Lavender Cafe.

cameron-lavender-tea

Masa kali pertama datang ke sini, saya teringin nak mencuba sesuatu yang agak pelik, yang lain dari yang lain. Yang konon-kononnya susah nak dapat kalau di tempat lain.

 

Lalu saya pun order Lavender Tea.

 

Saya ingatkan Lavender tea atau teh lavender ni sedap sangat. Rupa-rupanya… Ha… saya rasa, baik anda cuba sendiri kalau nak tau macam mana rasanya.

 

Baunya wangi. Ye la, bau wangi tu kan datang dari aroma bunga lavender tu sendiri yang memang wangi. Dari segi rasa, ianya macam tawar, ada sedikit rasa kelat (kalau tak letak gula).

 

Saya pun ingat-ingat lupa macam mana rasanya. Kalau nak mencuba sekali lagi, memang tak la ha ha.

 

Baiklah, kalau anda rasa tak sempat atau tak cukup bajet nak jalan-jalan dekat bahagian dalam Cameron Lavender ni, bergambar di bahagian luar sahaja juga dah memadai.

apa-menarik-di-cameron-lavender

Dekat sini ada landskap yang tak kurang menariknya.

 

Air dalam fountain ni pun boleh tahan sejuknya kalau anda nak tahu.

tempat-menarik-cameron-lavender

Bila dah sampai sini, memang tak lepaskan peluang untuk bergambar.

 

Apa aktiviti yang sesuai dilakukan di Cameron Lavender?

Dekat dalam Cameron Lavender ni nanti, anda boleh

  1. Jalan-jalan disekitar ladang ataupun taman yang dipenuhi bunga lavender
  2. Bergambar
  3. Boleh petik buah strawberry
  4. Beli barangan cenderahati dan produk-produk berasaskan Lavender seperti sabun, perfume dan sebagainya
  5. Boleh juga beli pokok lavender disini
  6. Duduk beristirehat di Cameron Lavender cafe sambil minum air teh lavender
  7. Nikmati pemandangan sekitar Cameron Highland

waktu-sesuai-ke-cameron-lavender

Bila masa sesuai untuk melawat ke Cameron Lavender?

Saya syorkan anda pergi ke tempat ini pada waktu pagi. Kalau dari pengalaman saya yang lalu, pada sebelah petang, terutama sekali pada hari cuti, tempat ini agak ramai pengunjung.

 

Tetapi, kalau anda pergi pada hari biasa, saya rasa, tak kisah sama ada nak pergi waktu pagi ataupun waktu petang.

 

Kemana destinasi seterusnya selepas ke Cameron Lavender ni? Ikuti perkongsian travelog saya ini, semasa bercuti ke Cameron Highland dalam artikel seterusnya ya.

 

Anda dah ada tempat penginapan ke untuk pergi bercuti di cameron highland ini?

homestay-murah-cameron-highland

Kalau masih belum ada lagi tempat untuk menginap di Cameron Highland, bolehlah saya syorkan anda menginap di homestay SophiaRose Muslim House. Klik ke pautan ini untuk melihat homestay ini.

 

Homestay SophiaRose Muslim House ini letaknya di Tanah Rata. Ia adalah sebuah homestay premium dengan harga bajet. Boleh lihat hiasan dalaman yang cukup menarik di homestay ini.

 

Pada waktu catatan ini ditulis, caj untuk menginap disini adalah RM180 sahaja semalaman.

 

Ada berita baik untuk anda. Anda boleh gunakan travel credit ini untuk dapatkan lebih banyak penjimatan apabila ingin buat tempahan di homestay ini.

 

Jom pergi bercuti ke Cameron Highland.

 

 

 

Baca juga...

  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web AirbnbBagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBondaPengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port DicksonPantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: bayaran masuk ke cameron lavender, cameron lavender cafe, cameron lavender entrace fee, cameron lavender garden, cameron lavender garden blog, cameron lavender garden brinchang, cameron lavender map, cameron lavender review, tempat menarik di cameron highland

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in