Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang

October 26, 2017 by Juan Leave a Comment

Pulau Pinang memang syurga makanan dan perlancongan. Negeri ini adalah salah satu negeri pilihan samada dari pelancong dalam negeri atau dari luar negara. Walaupun banyak tempat tempat menarik yang ada di negeri ini, saya belum lagi berkesempatan untuk pergi ke semua tempat ini. Dan salah satu tempat yang saya sempat pergi sudah tentulah bukit bendera (Penang Hill). Orang kata, kalau ke Penang, memang tidak sah atau tidak lengkap rasanya kalau tidak melawat bukit bendera. Itu orang katalah. Bagi saya ada benarnya juga kerana bukit bendera ini adalah salah satu mercu tanda dan sebab kenapa orang mahu melawat negeri Pulau Pinang ini.

Saya sudah tinggal di negeri Pulau Pinang ini sejak 10 tahun lalu iaitu ketika saya belajar di pusat pengajian tinggi. Terus kerja dan kahwin di sini. Dan sepanjang tinggal di Penang, saya sudah pernah ke bukit bendera sebanyak 2 kali. Itupun hanya suka suka dan bersama rakan. Ketika itu tidak ada apa sangat yang menarik. Pergi pun hanya kerana mahu tahu apa yang seronoknya dengan Penang Hill ini. Dan untuk pengetahuan anda, bukit bendera ini juga adalah salah satu tempat laluan pemain basikal untuk melakukan aktiviti mereka. Tidak kisah samada ianya dilakukan untuk sukan atau untuk suka suka.

Ibu dan ayah saya di hadapan pintu masuk bukit bendera
Ibu dan ayah saya di hadapan pintu masuk bukit bendera

Pengalaman Ke Bukit Bendera (Penang Hill) Pulau Pinang

Ada satu kali itu, emak dan ayah saya mahu ke Penang. Dan sudah tentu saya sebagai anak mahu bawa mereka ke tempat yang menarik. Maklumlah ketika itu musim cuti sekolah pada bulan December. Saya memang tidak pernah ke bukit bendera pada bulan tersebut sepanjang pengalaman saya. Walaupun ianya adalah moment terindah dapat bawa ibu ayah ke sana, ianya juga menjadi moment yang memenatkan sepanjang pengalaman saya berjalan jalan ke tempat menarik. Mana tidaknya, rupa rupanya pada musim cuti persekolahan pada bulan December, memang  tersangat ramai orang yang mahu naik ke bukit bendera. Sangat ramai. Anda tahu maksud sangat ramai bukan? BAYANGKAN.

Jambatan skywalk kecil di Penang Hill
Jambatan skywalk kecil di Penang Hill

Saya tidak katakan yang ianya sesuatu yang negatif. Kalau anda sukakan suasana yang sibuk, suka ramai orang dan tidak kisah penat menunggu berjam lama beratur, tidak kisah berpanas berdiri, tidak kisah bersesak, maka anda boleh ke bukit bendera pada musim cuti sekolah hujung tahun. Kalau anda bawa ibu ayah yang sudah tua dan kesian dengan mereka, bagi saya lebih baik anda cari masa yang sesuai yang lebih selesa untuk kedua ibu bapa kita. Jangan terkejut kalau saya katakan saya terpaksa berdiri 4 jam semata mata mahu membeli tiket dan baru dapat naik ke keretapi untuk ke puncak bukit bendera itu. Penat bukan?

Keretapi Bukit Bendera
Keretapi Bukit Bendera

Disebalik penat beratur, ada keseronokkannya juga. 2 benda penting dan sebab kenapa orang mahu ke bukit bendera adalah untuk melihat permandangan persekitaran seluruh PULAU PINANG dari puncak bukit. Dan yang ke dua adalah untuk merasai sendiri bagaimanakah menaiki keretapi yang bergerak ke atas bukit. Memang lain dari yang lain.

Astaka Bukit Bendera
Astaka Bukit Bendera

Apa Yang Menarik Di Bukit Bendera

  • Menaiki keretapi dari bawah ke puncak bukit
  • Melihat panorama keindahan Penang dari atas bukit bendera
  • Ada kawasan teropong yang boleh digunakan untuk view permandangan Penang
  • Dataran Bukit Bendera adalah tempat untuk melihat persembahan jika ada
  • Ada cafe/astaka/medan selera untuk makan makan
  • Ada masjid, kuil, taman permainan kanak kanak
  • Ada perkhidmatan kereta BUGGY kalau anda mahu jalan jalan jauh
  • Ada Love Rock tempat pasangan gantungkan magga paddle lock sebagai tanda cinta
  • Ada muzium burung hantu untuk melihat arca burung hantu
Permandangan Pulau Pinang dari puncak Penang Hill
Permandangan Pulau Pinang dari puncak Penang Hill

Di Bukit Bendera ini kalau anda mahu menginap dan bermalan di sini, hanya ada satu hotel sahaja iaitu Hotel Bellevue. Tidak ada banyak pilihan. Kalau anda mahu, anda boleh booking hotel lain selain di puncak Bukit Bendera iaitu di bawah dengan mencari hotel di bawah persekitaran bukit bendera yang sangat banyak. 

Harga Tiket Naik Keretapi Bukit Bendera

  • Fast Lane (Adult) – RM60 standard biasa, Mykad RM20
  • Fast Lane (Child) – RM30 standard biasa, Mykad RM8
  • Dewasa – RM30 standard biasa, Mykad RM10
  • Warga emas – RM30 standard biasa, Mykad RM4
  • Kanak-kanak 4-12 tahun – RM15 standard biasa, Mykad RM4
  • Pelajar sekolah/Kolej/Universiti – RM15 standard biasa, Mykad RM4
  • Sehala (dewasa) – RM17 standard biasa, Mykad RM5
  • Sehala (kanak-kanak) – RM10 standard biasa, Mykad RM2
  • Pass bulanan– RM100 standard biasa, Mykad RM40
  • Pass tahunan – RM1000 standard biasa, Mykad RM400
  • Orang kurang upaya – Percuma
Taman permainan kanak kanak dan juga Temple Hindu di Penang Hill
Taman permainan kanak kanak dan juga Temple Hindu di Penang Hill

Persediaan Tiket Ke Penang

  • Agoda – gunakan website ini untuk mencari dan booking bilik hotel di Penang
  • AirBnB – gunakan website ini untuk mencari rumah homestay murah
  • AirPaz – gunakan website ini untuk mencari tiket kapal terbang ke Penang
  • BusTicket – gunakan website ini untuk mencari tiket bas express ke Penang

Bagi saya sebagai orang awam, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di puncak bukit bendera. Namun ianya tetap merupakan tempat yang wajib pergi kalau anda baru pertama kali melawat negeri Pulau Pinang. Lagi lagi kalau anda adalah seorang peminat dan pencinta sejarah. Ada tempat yang boleh anda lihat dan baca sejarah Penang Hills ini.

Pelukis gambar potret di Bukit Bendera
Pelukis gambar potret di Bukit Bendera

Bagaimana dengan pandangan saya pula? Ya saya suka. Ini kerana saya seorang yang meminati keindahan alam. Jadi saya memang suka kalau dapat naik ke tempat tinggi dan melihat keindahan alam dunia dari atas bukit. Cumanya, kalau anda tidak mahu terlalu penat, elakkan datang pada waktu puncak dan juga waktu tengah hari. Datang awal awal pagi atau datang pada sebelah petang. Sebelum saya terlupa, Penang Hill ini dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 11 malam sahaja. Apa apa pun selamat datang ke Pulau Pinang.

Baca juga...

  • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluargaPantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Taman Agroteknologi MARDI Cameron HighlandTaman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah PerakPulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: aktiviti di bukit bendera, apa yang menarik di bukit bendera, bukit bendera, bukit bendera Penang Hill, bukit bendera Pulau Pinang, harga tiket bukit bendera, harga tiket keretapi bukit bendera, jalan jalan di bukit bendera, pengalaman ke bukit bendera, tempat menarik bukit bendera, waktu berbuka bukit bendera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in