Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor

October 16, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Hari Ahad, ataupun hari cuti umum, adalah masa paling sesuai untuk berkumpul dan beriadah bersama keluarga. Pada hari-hari biasa, kita mungkin sibuk dengan urusan kerja, jadi memang tak ada kesempatan untuk berkumpul bersama.

 

Apabila ada kesempatan, gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk beriadah dan lakukan aktiviti luar bersama-sama. Tapi, masalah juga kan, kalau tak tau nak pergi ke mana?

 

Apa kata anda pergi ke Pantai Bagan Lalang. Pantai Bagan Lalang ini terletak di Negeri Selangor dan tak berapa jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

suasana-pantai-bagan-lalang

Dari rumah saya di Cheras ke tempat ini, mengambil masa lebih kurang satu jam setengah sahaja. Saya bertolak dari rumah seawal jam 730 pagi, jadi pada waktu tu ada banyak lagi tempat yang belum ada orang duduk.

 

air-pasang-bagan-lalang

Saya dah beberapa kali datang ke Pantai Bagan Lalang ni. Boleh dikatakan setiap kali datang, mesti pada waktu air tengah surut.

 

Pada saya la kan, sebenarnya bagus juga datang ketika air tengah surut. Setidak-tidaknya, kita boleh tahu apa sebenarnya yang ada dekat bahagian dasar.

 

Sama ada permukaan pantai tersebut ada banyak batu ke? Atau berselut? Ada banyak sampah dan sebagainya. Bila kita dah tau, maka lebih yakin untuk main air nanti.

 

Apabila air dah mula pasang, kita susah nak tahu, apa yang terdapat di permukaan pantai kan.

 

aktiviti-best-di-bagan-lalang

Semasa air tengah surut ni, kita boleh nampak ada banyak anak-anak ketam akan keluar berjalan-jalan atas pasir. Kalau rajin, bolehlah kejar.

 

apa-yang-best-di-bagan-lalang

Kebanyakkan yang menunjukkan diri cuma anak-anak ketam. Ataupun mungkin ketam-ketam yang ada memang jenis yang kecik-kecik macam ni.

 

Rasanya kalau nak tangkap dan masak pun macam tak sedap. Isinya belum tentu ada, kan.

 

pantai-bagan-lalang

Sebelum saya datang ke Pantai Bagan Lalang ni, ada yang bagitahu saya, tempat ni panas.

 

Mujurlah waktu saya datang tu, keadaan cuaca agak redup. Seingat saya, pagi tu, seawal jam 5 pagi, hujan turun agak lebat di KL. Kemudian, sepanjang perjalanan, saya tengok keadaan agak mendung, tetapi mujur hujan tak turun.

 

Apa pun, kalau anda nak datang ke sini, saya syorkan anda bawa bersama khemah untuk camping. Boleh cari khemah yang sesuai dengan bajet dan juga bilangan orang disini.

 

 

Ataupun, boleh juga bawa khemah jenis canopy. Boleh pilih macam-macam warna disini. Saya tengok memang ada yang pasang kanopi saiz sederhana. Bijak betul. Saya pun teringin nak buat macam tu jugak, daripada cuma bentang tikar.

 

Kebanyakkan pengunjung yang datang ke Pantai Bagan Lalang ni, mereka main pasir, main bola, main layang-layang, dan ada juga yang pergi ke tengah laut untuk main air.

 

air-surut-pantai-bagan-lalang

Walaupun saya rasa dah agak jauh berjalan, tapi air dia masih tetap tak dalam. Setakat paras buku lali je.

 

Kalau budak-budak, mungkin mereka rasa syok la kot dengan air yang tak begitu dalam.

 

Seingat saya, sekitar jam 1 tengahari, air mula pasang.

Masa ni, seronok sikit nak main air.

 

Satu yang best untuk bawa budak-budak ke Pantai Bagan Lalang ni mungkin sebab ombak dia yang tak begitu kuat. Kalau waktu tu tak hujan, dan air baru nak pasang, ombak dia slow je.

 

Tak begitu kuat. Saya tak pasti, adakah setiap hari macam tu, atau cuma berlaku pada hari saya datang sahaja. Mungkin kena datang lagi ke tempat ni lain kali untuk lihat perbezaan dia.

 

bagan-lalang-beach-for-kids

Apa yang pasti, bawak budak-budak main air kat sini, mereka memang cukup seronok. Kebetulan juga waktu tu cuaca agak redup.

 

Kalau boleh, dua beradik ni memang tak nak keluar dari air. Seronok sangat mandi laut. Peluang macam ni bukan selalu datang kan.

 

Aktiviti riadah macam ni, tak lengkap rasanya kalau tak buat bakar-bakar kan. Jadi buat la jugak, walaupun cuma bakar ayam semata-mata.

 

Paling best, bila dapat tidur tepi pantai. Sambil layan bunyi ombak, angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa… Memang boleh lena.

 

 

Memang tepat, bila saya buat keputusan untuk bawa bersama Lazy Sofa macam dalam gambar kat atas tu. Kat tepi pantai macam ni, ada banyak angin, jadi tak susah nak kembungkan lazy sofa tu.

 

Itulah dia, sebahagian daripada aktiviti yang kami lakukan di Pantai Bagan Lalang. In Shaa Allah, jika ada peluang dan kesempatan lain, kami akan datang lagi ke tempat ini.

 

Mungkin kali ini, nak check in kat sini.

 

 

Baca juga...

  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, LangkawiPantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Senarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di AirbnbSenarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di Airbnb
  • Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remisPantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: pantai bagan lalang, pantai bagan lalang air pasang, pantai bagan lalang air surut, pantai menarik di Selangor, tempat menarik di Selangor

Trackbacks

  1. Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga - Xplorasi Destinasi says:
    October 22, 2017 at 1:46 am

    […] datang tu, keadaan dia lebih kurang sama macam sewaktu saya pergi ke Pantai Bagan Lalang. Air laut tengah surut pada masa […]

    Reply
  2. 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau! - Xplorasi Destinasi says:
    October 24, 2017 at 11:27 pm

    […] cuti, memang ramai warga kota yang akan beriadah bersama keluarga di sini. Selain Pantai Morib, Pantai Bagan Lalang juga tak begitu jauh dari bandaraya Kuala […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in