Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort

October 19, 2017 by Juan 1 Comment

Beberapa bulan lalu saya dan isteri ada ke Cameron Highlands sebagai salah satu percutian “honeymoon” kami berdua. Saya memilih Cameron kerana sukakan kawasan dan tempat yang tenang, damai dan juga sejuk. Dan salah satu faktor terbesar adalah kerana saya sendiri memang tidak pernah sampai ke sana dan itu adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di bukit gunung Cameron Highlands. Dan apabila ke Cameron, sudah tentu satu perkara yang wajib dibuat adalah memesan bilik penginapan. Dan hasil dari carian di internet, saya memilih Hotel Century Pines Resort sebagai bilik penginapan kami berdua.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya itu adalah kali pertama saya belajar booking bilik hotel secara online melalui website perbandingan bilik hotel Agoda. Susah juga sebenarnya mahu mencari bilik tidur di hotel yang sesuai. Susah bukan kerana kekurangan hotel tetapi kerana mahukan hotel yang sesuai dengan tema “orang baru berkahwin” dan juga harga semalaman yang berbaloi (affordable). Maklumlah, harga bilik hotel hari jumaat, sabtu dan ahad (hari minggu) menjadi sangat sangat mahal. Jadi kena cari bilik hotel yang selesa, luas, berbaloi dan dalam masa yang sama tidak terlalu membazir.

Gambar hadapan perkarangan hotel Century Pines Resort Cameron Highlands Pahang Malaysia
Gambar hadapan perkarangan hotel Century Pines Resort Cameron Highlands Pahang Malaysia

Review Hotel Century Pines Resort Cameron Highland Pahang

Hasil dari carian mengikut spesifikasi, saya dapati promosi harga bilik hotel semalaman dari Hotel Century Pines Resort sangat berbaloi. Harga semalaman kami tidur di hotel ini adalah RM350. Ya harga agak mahal bagi kami juga tetapi saya terpaksa terima kerana faham ianya adalah hari minggu. Adakah wang yang kami laburkan itu berbaloi? Jawapannya adalah YA. Kami sangat berpuas hati dengan keadaan bilik dan ke semua kemudahan yang diberikan. Namun hanya ada 1 perkara sahaja yang kurang bagus iaitu bilik untuk menggosok baju agak jauh. Yang lain semuanya ok.

Pandangan katil dalam bilik Century Pines Resort jenis Deluxe
Pandangan katil dalam bilik Century Pines Resort jenis Deluxe

Dari pengalaman saya sebagai orang pertama kali ke Cameron Highlands, kebanyakkan rupa bentuk hotel lain lain memang tidak menarik. Nampak macam motel, rumah tumpangan dan banyak juga hotel yang dibina berasaskan rumah kedai. Bangunan kedai itu dijadikan hotel. Bukan hendak berfikir negatif, tetapi takut jugalah keadaan bilik yang kurang selesa dan kawasan persekitaran yang nampak seperti tidak selamat. Namun ini hanyalah pandangan perspektif saya sahaja. Kalau anda mahu selesa, mungkin anda boleh mencari homestay murah yang berdekatan di sana.

Meja solek dalam bilik Century Pines Resort
Meja solek dalam bilik Century Pines Resort
Tv dan almari dalam bilik Century Pines Resort
Tv dan almari dalam bilik Century Pines Resort

Hotel Century Pines Resort memang sebuah hotel. Dari tepi nampak biasa biasa. Tetapi apabila masuk ke halaman utama (depan) terus terasa ianya sebuah hotel yang agak premium dan selesa untuk kami tidur. Pakej bilik hotel yang saya ambil di hotel ini adalah dari pakej “deluxe”. 

Kelebihan Bilik Deluxe Century Pines Resort

  • Satu katil besar yang selesa
  • Satu kerusi sofa, meja/cermin dan juga safety box
  • Wifi, TV, telefon, peti sejuk, heater water, hair dryer, pembancuh kopi dan almari
  • Ruang bilik air ada tuala, barang mandian, tub mandian, bilik mandi, toilet dan heater water
  • Bilik tiada seterika (iron). Ada bilik khas di sediakan untuk iron baju anda.
  • Ada sarapan pagi dari pukul 7-10 pagi ala ala buffet
Tub mandian dan juga singki bilik air hotel Century Pines Resort
Tub mandian dan juga singki bilik air hotel Century Pines Resort

Ada 2 perkara yang saya hendak kongsikan dari pengalaman saya ini kalau anda ke Cameron Highland. Perkara pertama adalah, ketika saya menginap di Hotel Century Pines Resort, pihak receptionist akan meminta wang deposit sebanyak RM200 ketika mahu check in bilik hotel. Wang deposit akan dipulangkan semula ketika kita mahu keluar (check out).

Ruang kawasan sarapan pagi di hotel Century Pines Resort Cameron Highlands
Ruang kawasan sarapan pagi di hotel Century Pines Resort Cameron Highlands

Dan yang kedua adalah tiada penghawa dingin di bilik hotel. Rupa rupanya memang hotel di kawasan Cameron Highland ini tiada aircond. Jadi saya harap anda jangan pelik. Keadaan siang yang tidak terlalu panas dan keadaan malam yang sangat sejuk sudah cukup untuk membuatkan anda tidak memerlukan kipas dan juga penghawa dingin untuk menyejukkan bilik anda. Keadaan katil yang sangat empuk selepas, bilik yang luas, sarapan pagi yang sedap dan juga bilik air yang mempunyai tab mandian membuatkan pengalaman honeymoon ringkas kami ini cukup berbaloi dengan tidur semalaman di Hotel Century Pines Resort. Bye


>>> Booking Bilik Hotel Cameron Highland – [ Click Here ] <<<

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remisPantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit BuntarPasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit Buntar
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
  • Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluargaPengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Padang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disiniPadang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disini
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Hotel Tagged With: bercuti di Hotel Century Pines Resort, bilik Hotel Century Pines Resort, bilik hotel Hotel Century Pines Resort, booking bilik Hotel Century Pines Resort, Hotel Century Pines Resort, Hotel Century Pines Resort Cameron Highlands, Hotel Century Pines Resort Malaysia, Hotel Century Pines Resort Pahang, Pengalaman di Hotel Century Pines Resort, Review Hotel Century Pines Resort, tempah bilik Hotel Century Pines Resort, tidur di Hotel Century Pines Resort

Trackbacks

  1. 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands - Xplorasi Destinasi says:
    November 16, 2017 at 10:49 pm

    […] sebelum ke Cameron Highlands, bilik hotel untuk penginapan kami bermalam adalah di Hotel Century Pines Resort. Anda boleh baca review saya berkenaan hotel berkenaan. Memang berbaloi. Berkenaan dengan tempat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in