Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Bolehkah Beli Tiket Bas Secara Online

October 30, 2017 by Juan Leave a Comment

Kalau anda tanya saya bilakah kali terakhir saya sendiri pergi beli tiket di kaunter dan menaiki bas express. Saya akan katakan saya sudah bertahun tidak menaiki bas sejak memiliki kereta dan balik kampung menggunakan kereta. Paling terbaru pun saya berkesempatan menaiki bas express untuk balik ke kampung di Terengganu bersama isteri kerana isteri tidak mahu saya memandu pada sebelah malam kerana keadaan laluan highway yang gelap ke negeri pantai timur. Namun saya ingin kongsikan dengan anda akan satu perkara yang menjadi pertanyaan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini iaitu apakah tidak boleh beli tiket bas secara online?

Kenapa soalan sebegini timbul? Saya sudah lama berasa penat terpaksa beratur, terpaksa ke kaunter tiket bas, terpaksa mencari kaunter bas express yang betul dan terpaksa juga bertemu dengan ulat tiket yang seakan akan memaksa bertanya itu dan ini. Itu belum lagi dengan keadaan apabila kita sudah penat penat sampai dan tiket bas express pun sudah habis dijual. Bukankah lebih selesa sekiranya semua ini dapat dilakukan melalui internet. Itu adalah apa yang saya terfikir sebelum ini.

Paparan jenis bas, tarikh dan juga harga tiket bas yang dikenakan
Paparan jenis bas, tarikh dan juga harga tiket bas yang dikenakan

Beli Tiket Bas Express Balik Kampung Secara Online

Semasa hendak balik dari Terengganu untuk pulang ke Pulau Pinang. Saya menemani isteri untuk membeli tiket bas express. Saya sendiri melihat yang isteri saya pergi dari satu kaunter ke kaunter bas yang berbeza untuk bertanya berkenaan tiket bas samada ada lagi ataupun tidak. Dan setelah menemui tiket bas yang masih ada, kami terus membeli tiket tersebut. Pada ketika itu saya ternampak iklan besar yang terpampang pada dinding kaunter bas tersebut. Sebuah iklan berkenaan beli tiket bas secara online melalui laman website.

Paparan harga tiket bas express jika ada beli tiket bas balik kampung secara online
Paparan harga tiket bas express jika ada beli tiket bas balik kampung secara online

Setelah membaca iklan tersebut, saya pergi ke kaunter bas dan bertanya kepada staff pekerja yang menjaga kaunter tiket bas tersebut. Saya tanyakan soalan begini, “Salam puan, boleh ke kita beli tiket bas secara online?”. Beliau menjawab “Ya boleh encik”. Ini membuatkan saya terfikir, kalau sekarang sudah boleh membeli tiket bas melalui internet, kenapa masih ramai orang yang masih tidak menggunakan servis perkhidmatan ini.

Website Yang Menjual Tiket Bas Express Online

  • BusOnlineTicket – website ini juga menawarkan servis tiket yang lain selain bas
  • CatchThatBus – website tiket bas ini adalah alternatif terbaik selain dari di atas ini

Saya tidak berkesempatan untuk mencuba servis beli tiket bas online ini. Insyaallah di lain masa, jika ada kesempatan untuk balik kampung hari raya dan perlu menaiki bas express, saya memang akan membeli tiket bas express secara online dan akan saya kongsikan pengalaman tersebut di dalam blog ini. Kenapa saya ingin menulis tentang perkara ini? Ini adalah kerana saya mahu memberikan pendedahan kepada orang ramai agar beli sahaja tiket bas balik kampung melalui internet untuk memudahkan urusan anda tanpa perlu berpenat, berhabis minyak dan bersesak dengan orang lain. Selamat mencuba.

Baca juga...

  • Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indahCameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
  • Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, SelangorBeriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor
  • Pengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & HomestayPengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Pengalaman menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu, Pulau LangkawiPengalaman menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu, Pulau Langkawi
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Umum Tagged With: beli tiket bas, beli tiket bas balik kampung, beli tiket bas balik kampung online, beli tiket bas express, membeli tiket bas, membeli tiket bas express, membeli tiket bas express online, membeli tiket bas express secara online, tiket bas balik kampung

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in