Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan

July 9, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Seawal jam 2.30 pagi, saya dah kena bangun dan bersiap untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2). Sepatutnya, kena bangun 2.15 pagi… tapi tu la… asyik snooze je, tau-tau dah pukul 2.30 pagi.

 

Dari rumah, saya ambik grab untuk ke Terminal Bersepadu Selatan. Saya kena ada disitu, sebelum jam 3.30 pagi untuk ambik bas ke KLIA 2.

 

Kalau menurut prosedur Air Asia, kita kena berada di airport sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan. Ini adalah supaya penumpang ada masa yang cukup untuk buat proses self baggage drop.

cara-naik-kapal-terbang-air-asia

Tapi kalau anda tak bawa bagasi, dan hanya bawa beg sandang (hand carry dengan berat dibawah 7kg) boleh terus masuk ke boarding hall tanpa perlu mendaftar masuk (check in) bagasi. Trip kali ini, saya cuma bawa pakaian asas sahaja, jadi saya tak perlu check in apa-apa.

 

Saya ambil penerbangan paling awal untuk ke Alor Setar pada hari tersebut menaiki pesawat Air Asia.

 

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit. Bergantung kepada keadaan cuaca pada ketika itu. Kadang-kadang, boleh sampai lebih awal dari satu jam.

 

 

Tempat yang saya nak pergi kali ini, adalah di Teluk Bayu Floating Chalet yang terletak di Kota Kuala Muda. Saya pernah tulis tentang chalet ini sebelum ini dalam posting saya yang lepas bertajuk Chalet Terapung di Kota Kuala Muda.

 

Alhamdulillah… akhirnya hari yang ditunggu-tunggu menjelang tiba.

 

Sekitar 8.30 pagi dah sampai di airport Alor Setar. Masa yang ditetapkan untuk check in ke chalet adalah jam 3.00 petang. Bermakna saya ada lebih kurang 7 jam lagi sebelum boleh check in.

 

Saya ada mintak untuk check in lebih awal, tapi tak berjaya haha. Katanya masih ada tetamu sebelum ini, yang masih belum check out.

kampung-nelayan-kubang-rotan

Masa yang agak panjang tu, saya gunakan untuk jalan-jalan dulu. Tengok-tengok apa yang menarik di Kedah.

 

Kalau guna jalan kampung, kita akan dapat lihat pemandangan sawah padi terbentang luas. Waktu macam ni, panoramanya memang sangat indah. Tapi tak boleh singgah lama-lama, sebab panas.

pemandangan-sawah-padi

Bila tengok pemandangan sawah padi macam ni, teringat pulak kat nasi. Kalau dapat pekena nasi goreng atau nasi lemak pun best jugak. Lagipun, memang belum sarapan lagi. Manalah tahu kalau jumpa kedai makan yang best… bolehlah singgah isi perut.

 

Destinasi pertama, yang saya kunjungi sebaik touch down adalah ke Pasar Nelayan Kubang Rotan.

apa-yang-menarik-di-kubang-rotan

Dekat Pasar Nelayan Kubang Rotan ini, kita boleh dapatkan hasil laut yang segar, terus dari para nelayan. Kalau kebetulan waktu kita datang sini, ada nelayan yang baru sampai ke jeti, kita boleh beli terus ikan dan lain-lain hasil tangkapan terus dari nelayan.

 

Harganya juga lebih murah, berbanding beli dari peraih.

 

 

Saya plan nak buat barbecue makanan laut sebagai menu makan malam, semasa di chalet terapung nanti. Ini antara yang saya beli.

seafood-kubang-rotan

Ada pelbagai jenis udang.

 

Udang ini nama dia udang kertas.

seafood-murah-kubang-rotan

Harga di berbeza mengikut saiz. Masa ini, saya dapat saiz 4L. Harga RM55 untuk satu kilo. Dalam satu kilo tu, ada dalam 22 ekor udang. Ok la, nak makan 5 orang cukup la beli satu kilo sahaja.

 

Kerang pun ada beli juga.

cari-seafood-murah-kubang-rotan

Saya pilih kerang bulu, sebab saiznya lebih besar dan bila bakar, rasanya lebih sedap. Siapa yang tak pernah try lagi kerang bulu, boleh cuba selepas ni.

 

Kerang ni, dipanggil kerang bulu, sebab dekat bahagian cengkerang luarnya ada bulu-bulu halus. Tapi bila kita bakar nanti, bulu-bulu tu nanti akan hilang.

cari-kerang-kubang-rotan

Kepah pun ada. Tapi saya tak beli. Saya beli yang siput sudu tu. Nampak lebih senang nak bukak bila dah masak. Kepah ni, saya risau susah nak bukak je cengkerang dia nanti.

 

Saya rasa dekat pasar nelayan ini, waktu ini, ikan paling besar yang saya nampak ialah ikan kerapu ni.

ikan-kerapu-di-kubang-rotan

Beratnya lebih kurang 15kg. Kalau nak beli, tuan kedai ni letak harga RM36 sekilo.

 

Boleh tahan besar ikan kerapu ni.

ikan-kerapu-besar

Boleh makan ramai-ramai. Tapi tu la… harganya mahal sangat!

 

Selain makanan laut, dekat pasar ini juga kita boleh dapatkan sayur-sayuran. Ada bahagian untuk kita beli makanan laut, dan ada bahagian yang jual pelbagai sayur-sayuran.

pasar-tani-di-kubang-rotan

Semua ada disini. Kalau nak beli buah-buahan pun, boleh dapatkan dekat sini.

 

Kalau ikut dari apa yang tertera dekat signboard atas tu, pasar tani ini beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 petang sahaja.

 

Tapi untuk pasar nelayan ni, saya tak pasti, ia buka dari jam berapa sampai jam berapa. Sebaik-baiknya datang ke sini waktu pagi.

jeti-nelayan-pasar-nelayan-kubang-rotan

Saya diberitahu, kalau datang pagi, kita mungkin berpeluang untuk bertembung dengan nelayan yang baru nak naikkan hasil tangkapan.

 

Tempat ni ada banyak kucing.

pasar-ikan-kubang-rotan

Untung kucing-kucing kat sini, boleh dapat ikan segar. Tapi kalau nak ikan, sila tunggu encik nelayan balik dari laut lah ye.

 

Tempat ini, ada disediakan tempat letak kereta yang boleh tahan luasnya.

parking-area-kubang-rotan

Siap ada kawasan berpagar. Satu benda yang boleh diperbaiki lagi tentang tempat parking ni ialah, lukisan kotak-kotak parking. Bila ada kotak, senang nak susun kenderaan.

 

Tak adalah nanti, pengunjung yang datang sini, main parking je ikut suka hati.

Selesai urusan dekat pasar nelayan, saya terus menghala ke Sungai Petani. Masa ni baru teringat, masih belum beli persiapan untuk sarapan pagi esok.

 

Berdekatan dengan exit Sungai Petani selatan, ada Giant. Jadi, saya singgah sini sekejap dan beli apa-apa yang sesuai untuk dijadikan menu breakfast nanti.

 

 

Masa dekat pasar nelayan, dah beli ikan geruk-geruk dua ekor untuk dibakar. Bila dah sampai dekat Giant, rasa teringin nak makan siakap pulak. Apa lagi, tambahlah satu lagi.

 

Dekat Giant ni, sambil jalan-jalan, singgah minum sekejap. Masa untuk check in masih panjang lagi ni… Lepas ni, nak kemana ya?

 

 

Baca juga...

  • Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, KedahKisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web AirbnbBagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota KinabaluAloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di KundasangDesa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang
  • Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota KinabaluPerkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Umum Tagged With: cari seafood di pasar nelayan kubang rotan, kubang rotan, pasar nelayan, tempat menarik di kedah, tempat menarik di sungai petani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in