Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?

October 9, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Baru-baru ni, saya sekali lagi berpeluang pergi bercuti ke Sabah.

 

Percutian ke Sabah pada kali ini, saya melawat beberapa tempat menarik yang terdapat di sekitar Kundasang, Ranau dan juga Kota Kinabalu. In Shaa Allah nanti saya akan cerita mengenai pengalaman percutian tersebut dalam blog ini.

tips-bercuti-ke-sabah

Biasanya, untuk pergi bercuti, saya lebih suka ambik penerbangan yang pertama. Terutama sekali kalau penerbangan tersebut mengambil masa yang agak lama.

 

Dari pengalaman saya sebelum ini, penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, akan mengambil masa sekitar 2 jam 40 minit. Flight pertama, biasanya bermula seawal jam 6.00 pagi.

 

Bagi orang semenanjung yang tak pernah menjejakkan kaki di Kota Kinabalu, kalau anda nak tahu, dekat sana jam 8 pagi, dia punya panas macam dah pukul 10 atau 11 kalau di semenanjung. Kalau flight pukul 6 pagi, kita dijangka akan sampai di KK sebelum jam 9.00 pagi.

 

Kalau di semenanjung, pukul 9 tu masih agak redup, tapi kalau di KK waktu tu dah panas.

 

Sebenarnya, masa awal-awal beli tiket untuk ke Kota Kinabalu ni, seingat saya, waktu penerbangan yang dijadualkan adalah pada sekitar 6.00 lebih. Tapi entah macam mana, bila dah dekat-dekat waktu penerbangan, pihak Air Asia awalkan penerbangan tu ke waktu 5.50 pagi!

pengalaman-cuti-kota-kinabalu

Penerbangan jam 5.50 pagi, kita dah kena masuk dalam flight seawal 5.26 pagi!

 

Dekat sini, subuh masuk pada jam 5.45 pagi. Kalau 5.26 pagi dah kena masuk dalam flight, memang tak sempat kalau nak solat dekat airport dulu.

 

Nak tak nak, memang kena solat dalam kapal terbang!

 

Bagaimana cara solat dalam Kapal Terbang?

Saya pernah belajar cara solat dalam kapal terbang masa di sekolah dulu. Disebabkan tak pernah praktikkan, jadi saya ingat-ingat lupa, macam mana caranya.

 

Mujurlah, sekarang ini dah tak susah untuk cari panduan, macam mana nak solat dalam kapal terbang. Buka sahaja laman web Youtube, dan cari video berkaitan dengan “cara solat dalam kapal terbang”.

 

Saya ada jumpa beberapa video yang bagus untuk dijadikan rujukan.

 

Video 1 – Panduan Wudhu’ & Solat di Dalam Kapal Terbang

 

Saya suka video yang pertama ini, sebab dia ada tunjukkan cara-cara macam mana nak wudhu dalam pesawat, cara-cara bertayamum jika tiada air, cara nak solat dalam kapal terbang sekiranya ada ruang, dan cara untuk solat sekiranya tidak mempunyai ruang.

 

Apabila pergi bercuti, atau travel ke luar negara, penting untuk kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Dalam konteks perkongsian artikel ini, saya bukan nak sentuh tentang perubahan cuaca, bencana alam, rusuhan atau hal-hal lain.

 

Saya nak cerita tentang solat sahaja. Bila pergi bercuti tu, janganlah sampai diabaikan solat, atau diremehkan bab-bab solat.

 

Ya, memang agak susah untuk solat apabila kita bermusafir. Sebab itu kalau kita belajar, apabila bermusafir ini, kita ada keringanan (rukhsah) yang disediakan khas untuk kita.

 

Apabila bermusafir, kita boleh lakukan solat Jamak, solat Qasar, atau solat jamak dan qasar. Ini lagi memudahkan kita, dan In Shaa Allah hati dan perasaan akan sentiasa rasa tenang, sebab waktu kita pergi bercuti itu, kita tidak mengabaikan perintah dari Allah.

 

Untuk perjalanan yang panjang, tapi kita tahu yang kita boleh buat jamak, sama ada jamak taqdim atau jamak ta’khir, ini tidak menjadi masalah dan kita tak perlu nak solat dalam kapal terbang. Kita boleh solat dulu sebelum naik kapal terbang, kalau dah masuk waktu, ataupun kita niatkan sahaja nak buat jamak ta’khir, dan nanti bila dah sampai ke destinasi, terus cari tempat untuk solat.

 

Kebanyakkan syarikat penerbangan tidak membenarkan penumpang untuk bawa naik sebarang cecair, termasuk air minuman. Apa yang kita boleh buat ialah, kita siap sedia dengan botol spray yang kosong. Bila dah berada dalam flight, kita minta air mineral dari flight attendance.

 

Masukkan air mineral tu dalam botol spray dan boleh jadikan air tu untuk wudhu.

 

Ataupun cara lain, simpan wudhu siap-siap sebelum naik flight.

 

Video 2 – Solat Dalam Kapal Terbang & Arah Kiblat / Solat Hormat Waktu oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI)

 

Ini satu lagi video yang anda patut tengok. Dalam video ini, UAI ada menerangkan tentang tatatertib mengadap kiblat apabila solat dalam kapal terbang.

 

Seboleh-bolehnya, kita cari dulu kedudukan kiblat. Angkat takbir, dan lepas tu, kalau keadaan tidak membolehkan kita untuk terus mengadap kiblat, barulah kita mengadap ke mana-mana arah yang sesuai dengan kita. Kalau dalam keadaan solat di tempat duduk, kita menghadap ke depan sahajalah.

 

Usaha dulu untuk cari arah kiblat, sebelum pilih untuk mengadap dimana-mana arah yang mudah untuk kita. Itu nasihat yang diberikan oleh UAI.

tiket-penerbangan-kuala-lumpul-kota-kinabalu

Walau sejauh mana kita mengembara di Bumi Tuhan ini, jangan remehkan perintahNya. Kita dapat berjalan dan bergerak bebas ini pun, atas izinNya.

 

Solatlah, walau dimana jua anda berada.

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!
  • Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluargaPantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Apa yang menarik ada di sekitar Bandar TangkakApa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak
  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: cara solat dalam flight, panduan solat dalam flight, pengalaman bercuti ke sabah, solat dalam flight, tips bercuti ke sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in