Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb

December 8, 2017 by Sabree Hussin 12 Comments

Dalam blog ini, saya pernah beberapa kali bercerita tentang laman web tempahan Airbnb. Pernahkah anda membuat sebarang tempahan bilik hotel, resort, villa, ataupun guesthouse menerusi laman web Airbnb?

 

Kalau sebelum ini anda tak pernah lagi buat tempahan, saya ada berita baik untuk anda. Khas untuk pelanggan baru sahaja, anda boleh dapatkan travel credit dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Seterusnya anda akan dibawa ke halaman berikut.

diskaun-airbnb

Langkah seterusnya, anda hanya perlu tekan butang Sign up to claim your credit.

 

Seterusnya, anda akan diberi pilihan, sama ada nak buat pendaftaran (sign up) menggunakan akaun Facebook, Google ataupun nak guna alamat emel.

travel-credit-airbnb

Pada pendapat saya, cara paling mudah adalah daftar guna akaun Facebook sahaja. Saya juga guna akaun Facebook bagi tujuan pendaftaran.

 

Setelah anda berjaya daftar, anda akan mempunyai travel credit bernilai RM105 dalam akaun Airbnb milik anda. Sekarang ni, mari kita lihat cara-cara untuk buat tempahan pula.

 

Layari laman web utama Airbnb.

Pada ruangan Search tu, anda taip mana-mana kawasan atau lokasi yang hendak dituju. Dalam contoh ini, saya akan pilih Port Dickson sebagai destinasi percutian.

 

Bila kita masukkan nama tempat Port Dickson dan tekan butang search, laman web Airbnb akan menyenaraikan semua tempat penginapan yang ada pada lokasi tersebut.

 

Sebelum ini saya pernah buat booking sebuah apartment di Port Dickson.

 

Apa yang saya perlukan pada waktu tu simple sahaja.

  1. Saya nak rumah kediaman yang ada sekurang-kurangnya 3 buah bilik.
  2. Boleh bawa tetamu tambahan tanpa perlu bayar lebih.
  3. Setiap bilik ada aircond.
  4. Rumah dekat dengan pantai atau ada private beach
  5. Harga tak terlalu mahal

tempat-terbaik-untuk-menginap-di=port-dickson

Daripada hasil carian yang saya lakukan, ada banyak juga guesthouse yang menarik perhatian saya.

 

Namun, memandangkan percutian ini adalah percutian bersama keluarga, saya perlu pilih tempat penginapan yang dapat memenuhi kriteria yang saya perlukan. Akhirnya, saya pilih PD Paradise Lagoon Apartment.

In Shaa Allah, dalam posting akan datang, saya akan ceritakan pula review saya tentang apartment ini. Apa yang best dan apa yang tak berapa best tentang tempat ini.

 

Untuk langkah seterusnya, anda hanya perlu klik pada mana-mana lokasi yang anda rasa sesuai dengan keperluan anda. Cari borang tempahan seperti dibawah ini.

tempat-penginapan-murah-airbnb

Anda hanya perlu masukkan tarikh masuk dan keluar serta bilangan guest (tetamu) yang akan check in bersama anda nanti. Kemudian tekan butang Book.

 

Pilih tarikh yang betul.

 

Pastikan sebelum anda confirm booking dan buat sebarang bayaran, anda baca terlebih dahulu

  1. Maklumat tentang tempat penginapan yang ingin ditempah
  2. Peraturan dalam rumah
  3. Apa kemudahan yang disediakan

 

Apabila dah faham dan dah puas hati, barulah teruskan dengan pembayaran.

tempahan-menggunakan-laman-web-airbnb

Sebenarnya, terdapat tiga step sahaja untuk buat tempahan ini. Step tersebut adalah

  1. Fahamkan peraturan dalam rumah. Setiap rumah ada peraturan yang berbeza.
  2. Nyatakan berapa ramai yang akan turut serta dan nama mereka.
  3. Buat bayaran.

 

Dalam contoh diatas, saya telah membuat tempahan dan bayaran dilakukan menggunakan travel credit. Lihat pada kotak yang saya tandakan dengan warna merah.

 

Kurang jelas ke? Lihat dibawah ini.

cara-tempah-airbnb

Untuk tempahan ini, jumlah yang perlu dibayar adalah RM535.24

Penginapan selama dua malam RM476.00

Service Fee yang dikenakan oleh Airbnb RM59.24

 

Mujurlah saya ada travel credit. Oleh kerana jumlah travel credit yang saya ada lebih besar daripada jumlah yang perlu dibayar untuk booking ini, maka saya hanya perlu gunakan 100% travel credit saya sahaja.

 

Inilah sebabnya, saya syorkan anda buat booking menggunakan laman web Airbnb dan dapatkan travel credit anda disini. Ianya bukan sahaja akan menjimatkan kos tempahan anda, malahan dalam situasi saya, saya tak perlu bayar apa-apa (dalam bentuk cash) untuk buat tempahan ini.

 

 

Atas ini adalah bukti tempahan yang telah saya lakukan untuk awal bulan December 2017 yang lepas.

 

Senang je kan nak buat tempahan menggunakan laman web Airbnb ni kan?

 

Apa yang saya dapat komen, servis yang ditawarkan oleh laman web Airbnb ni, tak jauh beza macam GRAB dan UBER. GRAB dan UBER jadi orang tengah, yang menghubungkan antara pemilik kenderaan dengan penumpang yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan.

 

Dalam situasi Airbnb ni pula, Airbnb adalah sebagai penghubung kepada pemilik kediaman dengan pengunjung seperti saya yang perlukan tempat penginapan.

 

Pemilik tempat kediaman (host) akan beri review terhadap tetamu (guest) dan begitu juga sebaliknya. Kita akan saling beri review.

 

Sebagai host, kalau tak nak dapat review yang negatif hingga menyebabkan Airbnb ambil tindakan, maka host kenalah berikan layanan yang terbaik kepada guest.

 

Manakala bagi pihak guest, untuk mengelakkan pihak host memberi review yang negatif, guest perlu mengikuti house rule yang ditetapkan dan paling penting, jagalah rumah tersebut seperti mana anda menjaga rumah anda sendiri.

 

Baiklah, sekiranya ada yang anda kurang jelas tentang kaedah membuat tempahan menerusi laman web Airbnb ni, bolehlah tanya di bahagian komen. Akhir kata, jika anda masih belum claim travel credit ini, silalah berbuat demikian dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Baca juga...

  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau PangkorPengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor
  • Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
  • Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air AsiaCara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Sedikit Kenangan Kecil Rumah P RamleeSedikit Kenangan Kecil Rumah P Ramlee
  • Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn BhdPengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
  • Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluargaPantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: cara booking airbnb, cara dapatkan homestay murah airbnb, cara menempah hotel dengan airbnb, tempah guesthouse dengan airbnb, tempahan bilik hotel dengan airbnb

Comments

  1. saiful says

    April 12, 2018 at 7:38 pm

    Bagaimana sekiranya ada guest yang direct call pemilik homestay untuk tinggal di situ tanpa melalui AirBnb.Bolehkah pemilik homestay terima.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      April 16, 2018 at 8:43 am

      Sudah tentu boleh. Walaupun begitu, ianya bergantung kepada owner itu sendiri, sama ada nak terima guest tersebut atau tidak.
      Dalam situasi owner nak terima guest tersebut, di pihak guest, dia perlu berhubung dan berurusan dengan owner homestay TANPA MELALUI SISTEM ATAU LAMAN WEB AIRBNB.

      Secara automatik, sistem perhubungan (contact/messaging Airbnb) akan block pihak guest dan owner untuk saling bertukar-tukar maklumat nombor telefon serta link laman web personal. Nombor yang dikongsikan melalui sistem messaging akan jadi simbol *****

      Biasanya, kalau deal terus, harga akhir yang perlu dibayar akan lebih rendah berbanding bayar menggunakan Airbnb. Sebabnya guest tak perlu bayar service fee yang dikenakan oleh Airbnb.

      Akan tetapi, kalau buat tempahan diluar sistem airbnb, tak dapatlah nak manfaatkan travel credit.

      Reply
      • Yusof says

        February 16, 2020 at 7:32 pm

        Ada terbaca dlm website… Jgn buat bayaran terus pada host…. Kalau host bagi akaun suruh masukkan payment mcm mana… T. Q

        Reply
        • Sabree Hussin says

          February 29, 2020 at 3:25 pm

          Kalau jadi sebarang isu pada tempahan, tak boleh report dengan Airbnb, sebab tempahan dikira tidak melalui Airbnb.

          Reply

Trackbacks

  1. Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    December 13, 2017 at 11:16 am

    […] Klik untuk baca: Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb […]

    Reply
  2. 7 Perkara yang biasa saya lakukan setelah dapat Travel Credit Airbnb - Blog Sabree Hussin says:
    December 27, 2017 at 2:07 pm

    […] Anda boleh baca artikel tersebut yang berjudul Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb menggunakan travel credi…. […]

    Reply
  3. Apa kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay? - Soal Jawab .MY says:
    December 27, 2017 at 11:57 pm

    […] Anda boleh baca pengalaman saya buat tempahan homestay menerusi laman web Airbnb menggunakan travel credit sebelum ini. Silakan baca >> Bagaimana cara membuat tempahan menggunakan laman web Airbnb. […]

    Reply
  4. Bagaimana cara menggunakan laman web Airbnb untuk merancang percutian bersama keluarga? - Soal Jawab .MY says:
    December 28, 2017 at 10:06 am

    […] baca posting saya berjudul Cara membuat tempahan menerusi laman web Airbnb menggunakan travel credit. Dengan adanya travel credit ini, kos untuk penginapan dapat […]

    Reply
  5. Bagaimaca cara untuk mendapatkan travel credit bernilai RM105 dari Airbnb? - Soal Jawab .MY says:
    December 30, 2017 at 9:38 am

    […] Baca lagi di >> Bagaimana cara membuat tempat penginapan Airbnb menggunakan Travel Credit […]

    Reply
  6. Bagaimana cara untuk mendapatkan travel credit bernilai RM105 dari Airbnb? - Soal Jawab .MY says:
    December 30, 2017 at 9:40 am

    […] Baca lagi di >> Bagaimana cara membuat tempat penginapan Airbnb menggunakan Travel Credit […]

    Reply
  7. Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain? - Xplorasi Destinasi says:
    April 4, 2019 at 4:44 pm

    […] Baca disini: Cara buat tempahan tempat penginapan melalui Airbnb […]

    Reply
  8. Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb - Xplorasi Destinasi says:
    May 20, 2019 at 3:31 pm

    […] Baca disini: Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in