Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?

December 22, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Hari ketiga kami bercuti di Port Dickson, seperti kebiasaannya, hari ni kita lebih banyak luangkan masa duduk dalam rumah. Sambil-sambil tu, kemaskan apa-apa yang patut.

 

 

Baju-baju yang sebelum ni kita basuh, dah boleh lipat dan masukkan dalam beg. Mana-mana bahagian dalam rumah yang agak kotor tu, dah boleh mula bersihkan mana-mana yang patut.

 

Maklumlah, polisi menginap di kediaman Airbnb ni, kita kena anggap rumah tu macam rumah kita sendiri. Kalau rumah sendiri, tak kanlah kita nak biarkan rumah kita tu kotor. Betul tak?

PD-paradise-lagoon-apartment

Nanti kalau pihak host bagi review negatif jadi tak syok pulak kan.

 

Sebenarnya, dibelakang bangunan Corus Paradise resort ni, ada private beach. Pantai ini, kalau ikut apa yang saya faham, adalah dikhususkan khas untuk pengunjung yang menginap di Corus Paradise.

 

Memang dekat sangat dengan apartment kami. Jalan kaki dalam beberapa meter dah sampai.

 

 

Hari pertama dah penat mandi kat Pantai Bagan Pinang.

Hari kedua dah sibuk pergi jalan-jalan melawat Muzium Tentera Darat dan lepas tu pergi makan cendol dan lepak kat Pantai Blue Lagoon.

 

Memang tak ada masa nak tengok apa yang menarik ada di Corus Beach ni.

corus-beach-paradise-resort

Hari terakhir ni, barulah ada sedikit kesempatan.

 

Mungkin lepas ni, kalau ada peluang datang bercuti ke Port Dickson sekali lagi, boleh lepak dekat Corus Beach ni sahaja. Tak perlu susah payah nak pergi jauh-jauh.

 

Ini kawasan lagun yang kita boleh tengok dari apartment. Bila tengok dari dekat lagi menarik rupanya.

 

Seingat saya, sebelum ni ada banyak bot diletakkan dekat kawasan ni. Sekarang cuma ada sebuah bot sahaja.

 

pancing-ikan-di-corus-beach

Bila jalan-jalan dekat kawasan sekeliling ni, perasan ada juga yang memancing kat sini.

 

Ada ke ikan? Entahlah. Mungkin memancing untuk suka-suka je bolehlah kot.

 

Kalau nak piknik kat tepi pantai ni pun ok. Ada banyak pokok-pokok kelapa, yang menjadikan tempat ni agak redup. Tapi kalau nak piknik sampai petang mungkin tak berapa sesuai.

 

Pukul 11 keatas tempat ni dah mula panas.

 

Awal pagi lagi, tempat ni dah meriah dan banyak pengunjung yang mula menjalankan aktiviti kat sini.

 

 

Ada yang mandi-manda, ada yang main banana boat, dan yang cuma duduk-duduk tepi pantai pun ramai jugak.

 

Ada juga pengunjung yang cuma lepak tepi pantai sambil perhatikan anak-anak main air.

 

Budak-budak pun ramai yang main kat sini.

 

Nak kata pantai ni bersih sangat, pun tak jugak. Boleh jadi kebanyakkan pengunjung yang ada kat sini, adalah mereka yang menginap atau yang tinggal di Corus Paradise.

 

Tak jauh beza dengan keadaan pantai di Pantai Bagan Pinang, kat sini juga ada banyak terumbu karang. Cuma mungkin bezanya kat sini kecik-kecik kot.

 

Kalau nak main kat tepi pantai tu, kalau boleh hati-hati la. Tak payah nak berlari-lari sangat. Jalan je slow-slow. Kalau terpijak terumbu dan batu-batu ni, sakit jugak.

 

Dekat depan sikit, saya nampak ada port yang nampak sesuai kalau nak dirikan khemah.

Pokok-pokok ni akan buatkan tempat ni jadi lebih redup. Satu lagi, ia tak berapa jauh dengan kawasan pantai.

 

Memang sesuai kalau nak pasang khemah kat sini.

 

Bila difikirkan semula, rasa rugi jugak tak mandi laut kat tempat ni. Nampak macam nak suruh datang sekali lagi ke sini pun ada.

 

Dari apartment boleh turun ke sini jalan kaki je. Tapi mungkin sebab masa hari pertama tu dah penat sangat, jadi masing-masing tak ada nafsu nak main air kat sini.

 

Pada saya, private beach kat sini pun boleh tahan jugak. Kiranya tak rugilah menginap kat PD Paradise Lagoon Apartment ni.

 

Siap packing barang, kami pun balik ke Kuala Lumpur. Fuh… entah bila agaknya akan dapat peluang nak bercuti bersama-sama keluarga lagi lepas ni.

 

Baiklah, sepanjang tiga hari dua malam kami berada di Port Dickson ni, banyak kenangan yang ditinggalkan. In Shaa Allah, jika ada rezeki dan umur yang panjang, kami akan ke sini lagi…

 

Atau mungkin, akan jelajah ke destinasi yang lain pula.

 

Wallahua’lam.

 

 

Baca juga...

  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port DicksonPantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: bercuti ke port dickson, corus beach, corus private beach, pantai corus, pantai menarik di port dickson, pantai port dickson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in