Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Apa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak

October 13, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

Selepas jalan-jalan sekitar Taman Rekreasi Gunung Ledang, saya sambung pula dengan aktiviti eksplorasi bandar Tangkak. Teringin juga nak tahu, apa yang menarik di sekitar Tangkak?

menarik-sekitar-bandar-tangkak

Seperti lain-lain bandar yang terdapat di negara kita, Tangkak juga terdapat macam-macam kemudahan asas. Jadi kali ini, saya nak kongsikan kepada anda semua, antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa saya berada di Tangkak tempoh hari.

 

pusat-pakaian-terbesar-tangkak

Satu perniagaan yang nampak menonjol, yang terdapat di Tangkak ialah perniagaan tekstil atau fabrik. Kita boleh lihat, dikiri kanan jalan, ada banyak juga pusat-pusat dan gedung yang menjual pelbagai jenis kain dan pakaian.

 

Satu masa dulu, Tangkak adalah destinasi pilihan, bagi orang ramai mendapatkan pelbagai jenis produk tekstil. Walaubagaimanapun, sejak pusat-pusat memborong dan menjual pakaian dibuka, seperti di Nilai 3, kemudian di jalan TAR, Kuala Lumpur juga ada banyak tempat memborong pakaian, ataupun di Shah Alam yang terkenal dengan Jakel, mungkin sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kehadiran orang luar untuk datang shopping di Tangkak.

 

Saya masih ingat lagi, masa zaman saya kanak-kanak dulu. Orang di kampung saya, di Klang, sanggup buat rombongan ke Tangkak, semata-mata nak cari kain.

 

Ya, saya juga pernah ikuti rombongan ke Tangkak seperti itu. Kenangan masa zaman kanak-kanak.

borong-langsir-tangkak

Kedai kain dan langsir.

 

Perniagaan Tekstil Bunga Raya, kalau saya tak salah, mungkin yang paling besar di Tangkak. Saya lihat ada beberapa bangunan perniagaan yang ditulis nama Bunga Raya.

 

Kedai sebelah menyebelah, dan barang yang dijual pun lebih kurang sama sahaja. Macam mana mereka survive dalam perniagaan tekstil ni ya? Teringin juga nak belajar.

 

Adakah harga kain yang ditawarkan di Tangkak lebih murah dari tempat lain?

borong-kain-tangkak

Harga kain, berbeza mengikut jenis fabrik dan juga kualiti. Saya pun sebenarnya tak begitu familiar dengan harga semasa. Mungkin, mereka-mereka yang bekerja dalam bidang fesyen atau tukang jahit misalnya, taulah sama ada harga yang ditawarkan ni berbaloi ke tidak?

 

Ada kain yang dijual dengan harga 4 pasang RM100. Satu pasang jadi RM25.

 

beli-kain-murah-di-tangkak

Kemudian di bahagian lain, ada juga yang dijual dengan harga RM90 untuk 3 pasang. Sepasang jadi RM30.

 

Mungkin kain paling murah yang dijual disini ialah yang berharga RM10 untuk sepasang. Anda datanglah ke sini sendiri untuk lihat sama ada ianya berbaloi ataupun tidak.

 

Saya pun sebenarnya tak biasa sangat dengan kawasan sekitar bandar Tangkak ni. Maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama saya memandu sendiri di Tangkak.

 

Nak cari tempat untuk makan tengahari pun agak susah. Kebanyakkan kedai makan yang nampak menarik, hanya dibuka disebelah petang. Jadi terpaksa la pusing-pusing cari tempat makan di Tangkak.

 

Akhirnya jumpa juga tempat makan. Letaknya berdekatan dengan Perhentian Bas dan Teksi Bandar Tangkak. Ada deretan kedai makan disini.

 

Mee Bandung Muar ada dijual disini.

 

asam-pedas-johor

Selang beberapa kedai, ada juga tempat yang menjual Asam Pedas. Untuk makan tengahari, saya pilih untuk makan disini.

 

Tak mahal pun. Semua ni RM10 sahaja termasuk air. Kat KL boleh dapat harga macam ni ke?

 

Jadi, kalau anda datang ke Tangkak, dan tak tau nak makan kat mana, bolehlah datang ke tempat ni.

 

Aktiviti sebelah malam, saya plan nak berehat je di homestay tangkak. Penat juga sebab seharian habiskan masa diluar. Siangnya saya ke Gunung Ledang, kemudian jalan-jalan sekitar Bandar Tangkak, dan sempat juga singgah ke Laman Tiga Budaya yang terletak di Asahan Melaka.

 

homestay-di-tangkak

Inilah dia homestay tempat saya menginap semasa berada di Tangkak. Boleh klik sini untuk baca tentang homestay ini.

 

So malam tu, En Haffie, pemilik homestay di Tangkak ni bawak saya ke tempat makan special. Restoran ni ada bahagian yang dibina terapung atas sungai!

restoran-ikan-patin-johor

Tempat ni memang agak tersorok.

 

Memang tak ada papan tanda. Orang luar memang tak akan tahu yang dekat sini ada tempat makan yang best. Jalan nak masuk ke tempat ni pun kena melalui jalan berbatu dan ada pokok kelapa sawit di kiri dan kanan. Macam nak masuk dalam ladang pula.

 

Menu makan malam memang cukup istimewa.

  1. Ikan patin masak Pais
  2. Ikan patin masak Taucu
  3. Ikan patin goreng rangup
  4. Sotong goreng
  5. Udang galah
  6. Sayur

 

Menarik kan set hidangan ni. Tempat ni letaknya di Durian Chondong. Tapi kalau tanya saya, saya pun tak berapa ingat dah. Lagipun untuk ke sini, En Haffie yang drive.

 

Last but not least, dekat Tangkak, ada satu tempat makan yang best untuk sarapan pagi. Saya tahu tempat ni pun, sebab En Haffie yang bagitau.

 

D’Mampir Nasi Lemak. Nasi Lemak Panas Daun Pisang dia memang best.

 

Kalau nak makan kat sini, pastikan order telur goreng dengan telur burung puyuh sama. Memang kenyang walaupun cuma makan nasi lemak tu sebungkus sahaja.

 

Tempat makan ni terletak bersebelahan dengan Pos Malaysia. Senang je nak cari tempat ni.

 

Baiklah, ini sedikit sebanyak kenangan yang sempat saya rakamkan sepanjang saya berada di Tangkak. In Shaa Allah, ada kelapangan, ada rezeki, kita jumpa lagi!

 

Ya, saya rasa ada beberapa lagi tempat yang saya tak pergi. Misalnya Bukit Gambir, Laman Ledang dan juga Taman Bunga Raya.

 

Baca juga...

  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Pengalaman menginap di Glory Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di Glory Beach Resort Port Dickson
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke LangkawiLawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Jelajah Bandar Tagged With: apa yang best di tangkak, apa yang menarik di tangkak, bandar tangkak, tangkak, tempat makan di bandar tangkak, tempat menarik di bandar tangkak

Trackbacks

  1. Homestay D Ledang - Nama baru bagi Homestay di Tangkak tempat saya pernah menginap - Blog Sabree Hussin says:
    December 13, 2017 at 5:36 pm

    […] Baca juga: Apa yang menarik di sekitar Bandar Tangkak […]

    Reply
  2. Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 27, 2019 at 3:34 pm

    […] (5) Apa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak […]

    Reply
  3. Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan - Xplorasi Destinasi says:
    August 23, 2022 at 1:38 am

    […] Dari segi lokasi, homestay di Tangkak ini memang dekat dengan beberapa tempat menarik yang terdapat di Tangkak. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in