Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang

October 29, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Selesai jalan-jalan di sekitar Pekan Tamparuli dan naik ke Jambatan Gantung Tamparuli, saya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pula, iaitu ke Kundasang.

 

Ini merupakan kali kedua saya datang bercuti di Kundasang. Waktu pertama kali saya datang ke sini, saya tak berkesempatan untuk masuk ke Kundasang War Memorial ini.

 

Masa kali pertama datang dulu, saya rasa tak cukup masa, dan kebetulan ada satu hari tu, hujan turun dengan lebat.

pekan-kundasang

Maka terpaksalah saya duduk dalam bilik resort sahaja. Pada waktu tu, saya dan keluarga menginap di Ayana Holiday Resort.

 

Sekarang ini, apabila saya berkesempatan untuk datang sekali lagi di bumi Kundasang ini, saya memang dah masukkan dalam itinerary saya, untuk pergi ke Kundasang War Memorial ini.

 

Bayaran tiket masuk ke Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial ini letaknya di Pekan Kundasang. Ianya tak jauh dengan deretan bangunan kedai yang terdapat di Pekan Kundasang.

 

Pengunjung yang nak masuk ke tempat ini, perlu buat bayaran dan dapatkan tiket terlebih dahulu.

bayaran-masuk-kundasang-war-memorial

Saya difahamkan sebelum ni harga tiket masuk adalah RM2 sahaja. Tapi sekarang ini mungkin dah naik harga, sebab itu harga baru yang saya perlu bayar ialah RM3.00

 

Harga tersebut adalah untuk pemegang mykad sahaja. Kalau pemegang passport antarabangsa, harga dia adalah berbeza.

 

Untuk lihat apa yang ada di dalam Kundasang War Memorial ini, kita kena naik tangga sedikit ya.

tempat-wajib-singgah-di-kundasang

Jom kita explore tempat ini.

 

Dalam war memorial ini, kita akan lihat ada 4 buah taman, iaitu Australian Garden, English Garden, Borneo Garden dan juga Contemplation Garden and pool.

 

Adakah anda kenal tiga bendera yang terdapat di war memorial ini?

tempat-menarik-di-kundasang

Kita tengok dengan lebih dekat lagi ya.

 

Nampak macam lebih kurang sama je kan bendera-bendera ni semua.

jan-jalan-di-war-memorial-kundasang

Bendera tersebut adalah bendera negara Australia, Britain dan juga bendera New Zealand.

 

Taman pertama yang saya masuk adalah di Australian Garden.

kundasang-war-memorial-for-pow

Ini pemandangan di sekitar Australian Garden.

apa-yang-ada-di-australian-garden

Dekat sini ada diceritakan serba sedikit berkenaan dengan sejarah Kinabalu War Memorial Kundasang And Australia. Saya akan taip semula, supaya pembaca dapat baca juga apa yang tercatat di sini ya.

tahanan-perang-australia

Semasa perang dunia kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

 

Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat terus sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu, kadangkala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.

 

Menjelang tahun 1945 tentera Jepun risau bahawa pihak bersekutu akan menyerang Borneo Timur. Akibatnya, tawanan perang yang masih hidup itu, iaitu seramai 1066 orang telah dipindahkan secara berturut dalam Perjalanan Maut sejauh 265KM ke barat. Seramai 290 orang tawanan perang yang ditinggalkan di hospital di Sandakan telah meninggal dunia.

 

Lebih dari 1000 orang tawanan perang meninggal dalam perjalanan maut ini atau di kem tahanan Ranau. Sukar dipercayai bahawa enam orang tawanan perang yang kelaparan dan kurus kering itu telah berjaya melepaskan diri untuk mendedahkan tragedi perang yang mereka alami.

 

Dari 2500 orang tawanan perang di Sandakan, mereka inilah yang dapat pulang ke pangkuan keluarga.

 

Seterusnya saya ke English Garden.

taman-inggeris-kundasang-war-memorial

Dekat English Garden ni, sepatutnya penuh dengan pokok-pokok bunga ros. Tapi mungkin waktu saya datang ini, ada banyak pokok yang dah layu dan mati. Jadi tak berapa cantik.

 

Saya masih ingat lagi, masa saya ke Cameron Highland satu masa dulu, saya ada lihat satu taman yang dibina berkonsepkan Inggeris, dan taman tersebut memang sangat cantik. Kalau anda nak lihat taman Inggeris yang cantik dan dijaga dengan baik, sila baca posting saya sebelum ini ya.

Baca di: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

sejarah-perang-kundasang

Dedicated to tje lasting memory of the 641 British Servicemen

Who died in terrible circumstances

In the Sandakan Prisoner of War Camp

On the death marches and at Ranau 1943 – 1945

 

They shall grow not old, as we that are left grow old.

Age shall nt weary them, not the years condemn.

At the going down of the sun and in the morning,

We will remember them.

 

Ini pula di Contemplation Garden and Pool.

garden-kundasang

Mungkin disini adalah tempat yang dikhaskan untuk para pengunjung cuba untuk renungkan kembali (contemplation) tentang sejarah gugurnya tawanan-tawanan perang ini semua sewaktu melawan tentera Jepun.

 

Ini merupakan senarai nama tawanan perang yang gugur. Ada banyak.

senarai-nama-pow-kundasang

Taman yang terdapat di Kundasang War Memorial ini, sememangnya dibina bagi mengenang kembali kisah gugurnya para tawanan perang sewaktu perang dunia kedua. Disamping itu, kita juga dapat mengenang semula keberanian penduduk setempat yang bangkit melawan tentera Jepun dan cuba menyelamatkan tawanan perang pada ketika itu.

 

Kita yang hidup dizaman selepas merdeka ini, yang sudah semestinya tidak perlu melalui hidup zaman perang, patutnya lebih menghargai keamanan yang kita sedang nikmati ketika ini.

pekan-kundasang-yang-menarik

Dekat sini, berdekatan dengan contemplation garden ada sudut yang menarik untuk bergambar. Boleh nampak rumah-rumah dan kawasan penempatan.

kundasang-war-memorial

Ini taman keempat yang terdapat di Kundasang War Memorial ini.

borneo-garden-di-kundasang

Inilah dia Borneo Garden. Taman ini didedikasikan kepada penduduk setempat yang memainkan peranan yang penting dalam usaha menentang kekejaman tentera Jepun.

 

Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok bunga yang ditanam disini adalah dari jenis yang biasa terdapat dikawasan di Sabah supaya ia lebih menggambarkan suasana taman di Borneo itu sendiri.

percutian-ke-kundasang

Pemilihan pokok yang ditanam di setiap taman juga adalah satu refleksi bagi pokok yang terdapat di negara yang diwakili.

 

Saya tertarik dengan sudut yang ada dekorasi mini air terjun ni.

duit-kundasang

Ada banyak duit-duit syiling yang ditaburkan disini. Saya pun tak pasti untuk apa. Apa yang terlintas di fikiran saya, ia macam kolam untuk buat hajat.

 

Siapa-siapa yang ada hajat, boleh sebutkan hajat tersebut, kemudian campak duit syiling dalam kolam ini.

 

Sudah tentu, ini bukan cara yang dianjurkan dalam agama kita. Jadi, tak payah la nak ikut-ikut sangat ya. Kalau ada hajat sungguh, pergilah bersedekah, dan selepas tu berdoa kepada Allah apa yang kita hajatkan.

 

Nampak macam lebih kurang sama, tak serupa ya.

pukul-berapa-kundasang-war-memorial-buka

Alhamdulillah, sampai juga di Kundasang War Memorial selepas kali kedua jejakkan kaki di Bumi Kundasang. Masa pun dah cukup untuk check in di H Benjamin Residence.

 

Destinasi seterusnya, saya akan terus ke resort yang saya booking dari Airbnb.

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca pengalaman saya melawat Kundasang War Memorial. Sebagai menghargai kesudian anda luangkan masa disini, apa kata anda tebus travel credit dari Airbnb ini.

diskaun-airbnb

Travel Credit ini bernilai RM120 dan anda boleh tebus disini. Anda boleh gunakan travel credit ini untuk buat tempahan mana-mana hotel, guesthouse ataupun homestay yang terdapat di laman web Airbnb. Sila ke halaman ini ya.

 

Setidak-tidaknya, anda dapat sesuatu lepas baca blog saya. Jom pergi bercuti!

 

 

Baca juga...

  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di KundasangDesa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju EnterpriseShopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: apa yang menarik di kundasang, bercuti di kundasang, kundasang memorial, tempat menarik di kundasang, trip ke kundasang

Trackbacks

  1. Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah - Xplorasi Destinasi says:
    October 30, 2018 at 12:59 am

    […] Saya luangkan masa kira-kira satu jam di Kundasang War Memorial. […]

    Reply
  2. Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima - Xplorasi Destinasi says:
    November 9, 2018 at 12:18 am

    […] Baca juga: Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in