Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!

October 24, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

Sebagai anak jati Selangor, sudah tentu saya dah pernah beberapa kali pergi ke Pantai Morib. Sebenarnya, saya pun dah tak berapa ingat, dah berapa kali saya menjejakkan kaki ke pantai ini.

 

aktiviti-menarik-pantai-morib

Masa zaman saya masih belum bersekolah dulu pernah datang. Kemudian, masa dah bersekolah juga biasa datang ke pantai ini. Pernah juga saya pergi ke Pantai Morib sebab nak buka puasa beramai-ramai di tepi pantai.

 

Pantai Morib ni ada banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya

  1. Tandas dan bilik mandi
  2. Surau
  3. Tempat makan
  4. Taman permainan
  5. Tempat untuk berkhemah

 

Kalau nak buat aktiviti bersama keluarga, memang cukup sesuai untuk dilakukan di Morib. Mungkin yang buatkan jadi kurang best ialah tempat ini memang cukup ramai pengunjung, terutama sekali ketika waktu cuti.

 

Biasalah tu kan. Lagipun, pantai ini memang tak jauh dari Kuala Lumpur. Waktu cuti, memang ramai warga kota yang akan beriadah bersama keluarga di sini. Selain Pantai Morib, Pantai Bagan Lalang juga tak begitu jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.

 

Pantai Bagan Lalang ni pun tak kurang menariknya, kalau nak dibandingkan dengan Pantai Morib. Senang cerita, carilah masa dan rasai sendiri pengalaman beriadah di kedua-dua pantai ni. Lepas tu, anda sendiri decide, mana satu yang best ye.

 

Apa aktiviti yang menarik yang sesuai dilakukan di Pantai Morib? Ini antara yang saya boleh cadangkan.

 

(1) Pasang khemah dan nikmati suasana santai di tepi pantai

apa-yang-best-pantai-morib

Cari tempat yang redup. Pasang khemah dan nikmati suasana sekeliling. Hayati bunyi deruan ombak yang memukul pantai.

 

Cari ketenangan dan kedamaian yang hanya boleh dinikmati dikawasan seperti ini. Serius, di tengah bandaraya kuala lumpur, memang tak akan dapat feeling seperti ini. Memang boleh tertidur bila duduk di tempat-tempat macam ni.

 

(2) Main pasir bersama anak-anak

Bagi orang dewasa, kita mungkin dah “terlupa” keseronokkan bermain pasir. Mungkin sesekali kita perlu belajar dengan kanak-kanak kecil, macam mana nak enjoy the moment walaupun hanya bermodalkan pasir.

 

Be creative.

 

Bina istana pasir, atau apa-apa binaan yang terlintas di fikiran!

 

(3) Buat BBQ

Tak lengkap rasanya, bila berkelah di tepi pantai, tak buat aktiviti panggang memanggang ni. Dengan bajet sekitar RM100 – RM150, dah boleh panggang macam-macam makanan. Ayam, ikan, sosej, seafood dan macam-macam lagi.

 

(4) Mandi air laut 

Ada banyak juga laman web yang saya baca, menurut penulisnya, air laut di Pantai Morib tak berapa sesuai untuk mandi.

 

Sebabnya? Airnya agak kotor, dengan pantai yang agak berselut. Ya, kalau nak bandingkan dengan air di Tioman, memang air laut disini tidak secantik dan sebersih di Tioman.

 

Tetapi saya rasa, kalau nak mandi tak ada masalah pun. Apa pun terpulang pada anda. Anda nilaikan sendiri. Kalau rasa tak sanggup nak mandi, tak payah la mandi.

 

Saya? Sudah tentu saya mandi. Tetapi saya bawa dan pakai goggle semasa mandi.

 

(5) Main layang-layang

Air laut hanya mula pasang sekitar jam 2.45 petang di Pantai Morib. Sementara menunggu air pasang, bolehlah cuba main layang-layang.

 

Kalau nak main belon air pun boleh juga. Ikut pada kreativiti masing-masing nak habiskan masa dengan buat perkara apa disini.

 

(6) Cari ketam dan makanan laut

 

Jika anda bernasib baik, boleh jumpa banyak ketam. Walaupun begitu, anda perlu ada peralatan yang sesuai dan kepantasan untuk berjaya tangkap ketam.

 

Belangkas pun boleh ditemui disini ketika air surut. Sayangnya, saya tak bawa kamera masa saya jumpa belangkas tu.

 

(7) Mencari pepahat (bamboo clam) di pantai Morib

bamboo-clam-in-pantai-morib

Inilah dia rupa pepahat. Kalau anda biasa makan stimbot di Seoul Garden, saya pasti anda mesti pernah terjumpa pepahat ini dihidangkan sebagai salah satu menu pilihan. Pepahat ini juga dikenali dengan nama Bamboo Clam.

 

Dari kejauhan, saya dapat lihat ada ramai yang duduk-duduk sambil mencari sesuatu. Bukan seorang dua yang buat macam tu, tetapi ada ramai!

 

Ini yang buatkan saya rasa curious.

 

Rupa-rupanya mereka ni sedang mencari pepahat. Bagus juga aktiviti ini… sebabnya boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga yang lain.

 

Saya perhatikan, ada beberapa cara yang agak berbeza yang digunakan untuk mencari pepahat ni.

 

Contohnya macam pak cik ni. Dia cari pepahat dekat tempat yang tak berapa banyak air. Sambil mencari, dia akan ketuk-ketuk bahagian pantai dengan batang paip seperti dalam gambar diatas.

 

Jadi, dia tak perlu nak terbongkok-bongkok atau duduk mencangkung/ bersila atas pantai. Selepas ketukan dilakukan secara rawak, akan terbuka lubang atas pantai disertai dengan gelembung udara, yang menandakan tempat tu ada pepahat.

 

Kat lubang tu kemudian dicucuk dengan lidi atau batang buluh halus yang telah dilumur dengan kapur.

 

Kapur yang digunakan ialah kapur untuk bancuh simen. Buang dulu cecair yang terdapat dalam beg kapur. Gunakan kapur yang pekat sahaja.

 

Boleh juga guna kapur sireh, tetapi daripada pengalaman orang-orang yang biasa cari pepahat ni, katanya kapur sireh tak berapa kuat untuk memaksa pepahat keluar dari dalam pasir.

 

pepahat-morib

Selepas lubang dicucuk dengan lidi yang telah dilumur dengan kapur, pepahat akan keluar sendiri dari tempat persembunyian.

 

Bila dia dah keluar, tunggu apa lagi? Kutiplah cepat. Kalau lambat, ia mungkin akan masuk semula ke dalam pasir. Pepahat yang dah terkena kapur, biasanya akan pening-pening. Dia tak akan terus lari masuk dalam pasir semula.

 

tips-cari-pepahat

Pepahat yang berjaya ditangkap dimasukkan dalam satu bekas dan isikan air laut yang jernih. Menurut pakcik ni, tujuannya adalah supaya pepahat ni dapat bersihkan dirinya sendiri.

 

Pepahat ni adalah hidupan yang tinggal dalam pasir. Jadi secara lumrahnya, pada badan pepahat itu sendiri memang berpasir. Kalau kita rendam dalam air macam ni, ia akan bersihkan dirinya sendiri dan memudahkan kita untuk basuh pepahat ini nanti sebelum masak.

 

Kalau tak buat begini, nanti terpaksa basuh ulang-ulang kali untuk buang pasir.

 

Saya perasan, ada juga yang menggunakan peralatan dari logam yang direka khas untuk cari pepahat seperti yang abang dalam gambar ni lakukan. Besi tu nipis je macam buluh, cuma bezanya dibahagian hujung ianya berbentuk seperti cangkuk.

 

Besi ni tidak dijual dimana-mana. Kena buat sendiri. Bila kita dah tau, kat lubang mana satu ada pepahat, masukkan besi tu tadi sampai mengenai pepahat dan seterusnya cangkuk yang terdapat pada besi tu tadi akan bertindak seperti mata kail.

 

Kalau guna besi macam ni, tak perlu guna kapur. Kita seolah-olah merentap keluar pepahat yang bersembunyi dalam lubang.

 

Ada juga sesetengah pengunjung yang lebih suka cari pepahat di tempat yang ada air bertakung. Ini mungkin sebab nak memudahkan melihat kawasan yang terdapat lubang dan ada gelembung udara. Bila dah berjaya kenalpasti lubang yang ada pepahat, tempat tu perlu dicucuk dengan batang lidi atau buluh yang dilumur dengan kapur.

 

Ini antara hasil pepahat yang berjaya diperolehi.

 

Saya sempat tanya berapa harga pepahat ni kalau di kedai-kedai.

Kalau beli di kedai harganya RM15 sekilo

Kalau beli terus dari orang yang cari pepahat ni, harganya RM10

Kalau cari sendiri, tak payah bayar apa-apa.

 

Baiklah, saya kira inilah antara perkara menarik yang anda boleh lakukan di Pantai Morib. Rancanglah aktiviti dan percutian anda.

Setidak-tidaknya, selepas ini, kalau anda datang ke Morib, anda tahu apa yang perlu dan boleh dilakukan. Tak adalah nanti anda cuma duduk termenung je.

 

Kat Pantai Morib ni juga ada banyak tempat yang sesuai untuk menginap. Anda boleh cari tempat menginap di laman web ini. Sekiranya anda menggunakan laman web tersebut, ada macam-macam promosi menarik dijalankan dan jika anda bernasib baik boleh dapat menginap di hotel mewah dengan harga yang cukup menjimatkan.

 

Selamat bercuti di Morib!

 

 

Baca juga...

  • Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluargaPantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park LangkawiPengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air AsiaCara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertamaPanduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama
  • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
  • Bolehkah Beli Tiket Bas Secara OnlineBolehkah Beli Tiket Bas Secara Online
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: aktiviti best di pantai morib, aktiviti di pantai morib, apa yang menarik di pantai morib, berkelah di pantai morib, pantai morib, pantai morib bantik selangor, pantai morib gold coast

Trackbacks

  1. Cabaran membangunkan laman blog dalam niche travel and exploration - Blog Sabree Hussin says:
    November 13, 2017 at 11:03 am

    […] Klik untuk baca: 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti Nombor 7 paling ramai orang tak tau! […]

    Reply
  2. Kisah Bisnes Homestay, Google Marketing, Portal Iklan dan laman web booking - Blog Sabree Hussin says:
    November 14, 2017 at 9:57 pm

    […] Kedua-duanya ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Adakalanya, saya lebih suka menginap di homestay sebab saya boleh ajak lebih ramai ahli keluarga untuk ikut bersama saya pergi bercuti. Walaupun percutian tersebut mungkin sekadar di sekitar Pantai Morib. […]

    Reply
  3. 7 Perkara yang biasa saya lakukan setelah dapat Travel Credit Airbnb - Blog Sabree Hussin says:
    December 27, 2017 at 2:17 pm

    […] Antaranya yang anda mungkin boleh baca ialah 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti nombor 7 ramai yang tak tau! […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in